PENGUMUMAN


AlhamduliLlah, kerja-kerja baik pulih surau sekolah telah berjaya disiapkan. Kini, Surau Al-Hidayah telah dapat digunakan dengan selesa sekali.

Untuk itu, pihak PIBG dan juga warga SKTR1 keseluruhannya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para budiwan atas sumbangan yang dihulurkan bagi memastikan kerja-kerja baik pulih Surau Al-Hidayah ini berjalan dengan lancar. Juga kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan ianya dapat disiapkan.

ALlah Ta'ala jualah yang dapat membalas segala sumbangan para penyumbang.

Thursday, October 28, 2010

Kutipan Dana Untuk Baik Pulih Surau


PIBG SKTR1 sedang menjalankan kempen pungutan derma/ sumbangan bagi Dana Membaik Pulih Surau SKTR1. Dana ini diwujudkan adalah bertujuan membaik pulih dan membesarkan Surau SKTR1 bagi memberi keselesaan kepada pengguna khususnya para murid SK Taman Rinting 1. Surau ini, telah mengalami keusangan terutama pada bahagian bumbungnya. Ini dikhuatiri akan mendatangkan bahaya kepada para pengujungnya. Surau ini telah dibina sejak 12 tahun dahulu atas sumbangan ikhlas sebuah syarikat swasta.

Kutipan dana ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Negeri Johor (Surat Kebenaran: JB 10/2010) bertarikh 26 April 2010. Kos bagi kerja baik pulih surau ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 30 000.00 RM 100 000. Anggaran ini telah dibuat selepas pembentangan pelan ubah suai bangunan surau pada Mesyuarat PIBG ke-5 pada 13 Oktober yang lepas.

Adalah dipohon kepada para dermawan muslim untuk menghulurkan bantuan/ sumbangan bagi tujuan dana ini. Bantuan/ sumbangan tuan/puan bolehlah dihulurkan dalam bentuk cek/ wang pos/ 'money order' atas nama PIBG SEK KEB TAMAN RINTING 1 atau secara tunai kepada Sek. Taman Rinting 1 (U.p: Pn. Norasikin Hussain, Bendahari PIBG).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Tn. Hj. Abdul Aziz Naemat, YDP PIBG di talian 012-7501424 atau pihak sekolah di talian 07-2518003.

Semoga derma sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan diganjari dengan pahala yang berterusan oleh Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment

Nostalgia