PENGUMUMAN


AlhamduliLlah, kerja-kerja baik pulih surau sekolah telah berjaya disiapkan. Kini, Surau Al-Hidayah telah dapat digunakan dengan selesa sekali.

Untuk itu, pihak PIBG dan juga warga SKTR1 keseluruhannya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para budiwan atas sumbangan yang dihulurkan bagi memastikan kerja-kerja baik pulih Surau Al-Hidayah ini berjalan dengan lancar. Juga kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan ianya dapat disiapkan.

ALlah Ta'ala jualah yang dapat membalas segala sumbangan para penyumbang.

Tuesday, March 20, 2012

Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1: Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H

8 MAC - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H bagi peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran pada awal pagi dan dihiasi dengan beberapa persembahan daripada murid-murid SKTR1. Sebelum itu, murid-murid mendengar ceramah sekitar sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW yang saban tahun diraikan.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Besar dan beliau sempat menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan tersebut. Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah berkenaan pembinaan sahsiah murid-murid dan juga usaha menguasai Bahasa Arab. Majlis tersebut melibatkan semua murid sesi pagi dan petang.

Berikut antara foto-foto yang berjaya dirakam...


Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1: Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H

8 MAC - Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H bagi peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya. Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran pada awal pagi dan dihiasi dengan beberapa persembahan daripada murid-murid SKTR1. Sebelum itu, murid-murid mendengar ceramah sekitar sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW yang saban tahun diraikan.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Besar dan beliau sempat menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan tersebut. Antara perkara yang disentuh oleh beliau ialah berkenaan pembinaan sahsiah murid-murid dan juga usaha menguasai Bahasa Arab. Majlis tersebut melibatkan semua murid sesi pagi dan petang.

Berikut antara foto-foto yang berjaya dirakam...


Melengkapkan anak dengan budi pekerti yang baik sejak kecil

Ketahuilah bahawa jalan untuk mendidik anak-anak kecil dan melatih mereka dengan budi pekerti yang terpuji adalah di antara perkara-perkara yang terpenting dan amat perlu.

Anak-anak itu adalah amanat di tangan kedua ibu bapa. Hatinya yang suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk.

Anak-anak kecil akan menerima apa saja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya. Tegasnya jika dibiasakan anak-anak itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajarkan kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu, sehingga berbahagialah kehidupannya dunia akhirat. Kedua ibu bapa, guru, pendidik dan semua orang yang turut mengasuhnya akan bersyarikat dalam mendapat pahala dari Allah Ta’ala.

Sebaliknya, jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, tentu sekali ia akan menjadi celaka dan binasa, dan dosanya juga turut terpikul ke atas punak walinya atau penanggungjawabnya.

Dalam hal ini, Allah Ta’ala telah berfirman:

“Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (at Tahrim: 6)

Kalau ayah bersungguh-sungguh untuk melindungi anaknya dari api dunia, maka melindunginya dari api akhirat lebih penting dan utama lagi.

sumber

Semua Agama Mengajak Kepada Kebaikan?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Kita sering kali mendengar orang menyebut bahawa semua agama mengajak kepada kebaikan.

2. Ungkapan sebegini walaupun tampak harmoni, logik dan senang diterima akal hakikatnya adalah agak mengelirukan dan boleh juga mendatangkan fitnah tanpa kita sedar.

3. Adakah benar semua agama mengajar atau mengajak kepada kebaikan? Maka kalau begitu bukankah semua agama adalah sama? Kalau sama, kenapa perlu berpegang kepada satu agama sahaja?

4. Jika ditanya soalan begini (yakni adakah semua agama sama), jawapan saya ialah ya dan tidak.

Kenapa jawapannya ya

5. Kerana semua agama mengajak kita berbuat baik sesama manusia, sesama ibu bapa dan orang tua, jangan mencuri, saling menghormati, saling membantu dan pelbagai lagi.

6. Dari sudut ini, maka ada persamaan antara apa yang dituntut dalam setiap agama. Namun tegasnya, ada persamaan tak semestinya agama itu sama! Contohnya, manusia ada kepala, dan paip pun ada kepala (kepala paip), tapi manusia dan paip tak sama (walaupun ada persamaan)!

Kenapa jawapannya tidak

7. Perkara pokok atau asas utama satu-satu agama ialah konsep ketuhanannya. Inilah yang membezakan Islam secara total daripada mana-mana agama yang lain.

8. Maka, dengan konsep ketuhanan yang tak sama, mustahil untuk menyatakan bahawa Islam dan agama lain sama, padahal bukan sahaja tak sama malah bertentangan sama sekali.

9. Justeru, cara melakukan ibadah juga sekaligus berbeza apatah lagi Tuhan yang disembah itu tak lagi sama!

10. Secara mudahnya, bila kita ingin menyatakan bahawa semua agama mengajak kepada kebaikan, penyataan sebegini perlu dijelaskan dengan lebih lanjut.

11. Yakni, dari aspek apa kebaikan yang dirujuk itu? Jika dari beberapa aspek kemanusiaan, maka benarlah. Namun dalam Islam, elemen syirik, satu unsur yang ada dalam agama yang lain bukanlah satu kebaikan!

12. Bahkan syirik (menyekutukan Allah SWT) merupakan keburukan yang paling keji, dosa yang paling kronik dan kritikal. Dengan kata lain, jika dilihat daripada aspek ini, kita tak lagi boleh menyatakan bahawa semua agama mengajak kepada kebaikan.

13. Dalam Surah Al-Kahfi contohnya, Allah mengeji orang yang menyatakan bahawa Dia mengambil seorang anak. Terjemahan ayat ke-5 surah tersebut berbunyi:

"...... Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan (sesuatu) kebohongan belaka."

14. Jelas, agama lain yang mengajak mensyirikkan Allah SWT realitinya tak membawa kepada kebaikan. Bukan niat saya menyuruh membenci penganut agama lain, tetapi ingin mengajak kita untuk membenci dengan sebenar-benar benci akan perbuatan mensyirikkan Allah SWT, maka harap difahami konteksnya yang sebenar.

15. Dan tidaklah saya kata hanya agama lain sahaja mengajak kepada syirik. Malah kadang-kadang rutin harian dan budaya kita pun ada unsur syirik yang mesti dielakkan.

16. Contohnya, sebahagian orang Melayu yang masih percaya pada bomoh ataupun pemikiran bahawa ubat itu penyembuh penyakit.

17. Memang betul dengan makan ubat kita boleh sembuh, tapi ubat adalah sekadar ikhtiar kita kepada Allah SWT, dan Allah jadikannya sebab untuk sembuh, tetapi harus difahami bahawa yang menyembuhkan ialah Allah SWT.

18. Saya ingin menutup coretan kali ini dengan menghurai lebih lanjut tentang bahaya syirik. Sebagai permulaan, Syeikh Ibnu Al-Qayyim Al-Jawziyyah dalam kitab Talbis Iblis (perangkap Iblis) menerangkan peringkat-peringkat dan tingkatan dosa. Huraian lanjut tentangnya saya nukilkan di artikel pada bulan lepas bertajuk Agak-agak bila kita boleh couple?

19. Ringkasnya, daripada lebih kurang 7 peringkat, dosa besar seperti berzina berada di peringkat ketiga tertinggi. Apa 2 lagi yang lebih besar?

20. Mengungguli tempat kedua ialah bid'aah yang sesat dan 'johan' kepada segala bentuk dosa ialah tidak lain dan tak bukan, mensyirikkan Allah atau kufur!

21. Disusun mengikut peringkat-peringkat ini kerana ada tujuan tertentu sebenarnya. Antara lain yang saya faham adalah kerana syaitan dan iblis ini cukup licik. Akan dibisikkan di telinga anak Adam untuk lakukan dosa-dosa kecil dahulu, kemudian terus naik dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah kepada tahap syirik na'uzubillahiminzalik!

22. Dalam Al-Quran, disebut bahawa Allah SWT mengampunkan semua dosa. Dalam Surah Az-Zumar ayat 53 terjemahannya:

"....Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya."

23. Namun dalam Surah An-Nur, ayat 48 disebut tentang satu pengecualian yakni:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) kerana mempersekutukan-Nya (yakni syirik), dan mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar."

24. Maka berhati-hatilah kita dengan amalan, pemikiran serta setiap perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita.



25. Dalam pada kita menghormati penganut agama lain dengan prinsip kebebasan beragama yang dianjurkan oleh Islam, kita mestilah berwaspada dengan semua bentuk kompromi agama, dan hendaklah juga bertegas dalam isu murtad.

26. Moga Allah SWT kekalkan kita semua dalam hidayah-Nya sehinggalah kita mati dalam keadaan seorang Muslim yang benar-benar beriman kepada-Nya. Ameen ameen ameen.

27. Mengakhiri artikel ini, mohon izin saya simpulkan sekali lagi bahawa syirik itu adalah keburukan yang terbesar maka tidaklah layak bagi agama lain dianggap mengajar kepada kebaikan, pun begitu, kita tak mempunyai masalah untuk menerima bahawa ada unsur kebaikan yang diajar dalam agama-agama lain kepada penganutnya. Yang penting sekarang, dalam kita berbicara, fahamilah konteksnya!

Wallahuaklam, wassalamualaikum wbt

- Artikel iluvislam.com

Thursday, March 24, 2011

Surau Sekolah

Alhamdulillah, Surau SKTR1 kini telah mula digunakan oleh para murid dan guru sejak bulan awal Mac 2011. Kerja-kerja baik pulih dapat diselesaikan pihak kontraktor setelah diteliti dan dipersetujui oleh pelukis pelan yang dilantik. Bagaimanapun, keadaan surau masih memerlukan pembaikan pada bahagian lantai untuk keselesaan semua. Berikut adalah gambar-gambar terkini surau sekolah pada 7 Mac 2010.









Tuesday, February 8, 2011

Perkembangan Surau Sekolah

Sehingga hari ini, kerja-kerja penggantian struktur bumbung dan penambahan keluasan lantai surau telah siap dilakukan oleh pihak kontraktor pada akhir Januari lalu.  Kerja-kerja yang disiapkan ini telah menelan belanja sebanyak RM 64 000. Bagaimanapun, masih terdapat keperluan peruntukan yang lain bagi menampung kerja-kerja yang masih berbaki dan anggaran kos keseluruhannya bagi Projek Baik Pulih Surau ini ialah sebanyak RM 100 000. 

Setakat ini, kutipan dana PIBG bagi Projek Baik Pulih Surau ini telah berjaya dikumpul sebanyak RM 50 000 dan jumlah kutipan tersebut masih belum mencukupi untuk dijelaskan kepada pihak kontraktor bagi kos yang terlibat.

Untuk itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa PIBG masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi menjayakan kutipan dana Projek Baik Pulih Surau ini.


Gambar Perkembangan Surau seperti pada 7 Feb. 2011

Sunday, January 16, 2011

Perkembangan Surau Sekolah

 
 
Gambar pada

Kerja-kerja baik pulih surau masih berjalan dan agak perlahan. Hampir 60% kerja baik pulih telah disiapkan. Pihak PIBG masih mengharapkan sumbangan orang ramai untuk menampung kos baik pulih surau ini.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah berhubung terus dengan YDP PIBG seperti maklumat yang tertera di sebelah kanan blog ini.

Nostalgia