PIBG telah mengadakan mesyuarat pada hari Isnin (15 Nov, malam) yang lepas. Dalam mesyuarat tersebut, pelan baik pulih surau telah dibentangkan buat kali kedua oleh seorang arkitek, yang merupakan bapa kepada murid SKTR1 sendiri. Kali ini, pelan tersebut telah dipinda atas nasihat Tuan Guru Besar bagi mengurangkan kos pembinaannya. Cadangan pelan tersebut telah dipersetujui.
Oleh kerana kekangan kewangan dan masa, projek baik pulih surau tersebut terpaksa dilakukan secara berperingkat bagi memastikan projek tersebut berjaya dilaksanakan. Langkah ini diambil sekaligus bagi memastikan keadaan surau sedia ada dapat digunakan dengan selamat.
Secara teknikalnya, permulaanya akan melibatkan pembinaan di bahagian bawah iaitu bahagian tapak dan juga pengukuhan pada dinding. Seterusnya kerja penggantian struktur bumbung akan dilakukan kelak setelah siap bahagian bawahnya.
Buat masa ini, pihak PIBG masih meneruskan usaha untuk mengumpul sebanyak mungkin dana bagi melicinkan projek baik pulih surau sekolah ini. Sumbangan daripada para budiman amat dialukan.
PENGUMUMAN
AlhamduliLlah, kerja-kerja baik pulih surau sekolah telah berjaya disiapkan. Kini, Surau Al-Hidayah telah dapat digunakan dengan selesa sekali.
Untuk itu, pihak PIBG dan juga warga SKTR1 keseluruhannya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para budiwan atas sumbangan yang dihulurkan bagi memastikan kerja-kerja baik pulih Surau Al-Hidayah ini berjalan dengan lancar. Juga kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan ianya dapat disiapkan.
ALlah Ta'ala jualah yang dapat membalas segala sumbangan para penyumbang.
No comments:
Post a Comment