Sehingga hari ini, kerja-kerja penggantian struktur bumbung dan penambahan keluasan lantai surau telah siap dilakukan oleh pihak kontraktor pada akhir Januari lalu. Kerja-kerja yang disiapkan ini telah menelan belanja sebanyak RM 64 000. Bagaimanapun, masih terdapat keperluan peruntukan yang lain bagi menampung kerja-kerja yang masih berbaki dan anggaran kos keseluruhannya bagi Projek Baik Pulih Surau ini ialah sebanyak RM 100 000.
Setakat ini, kutipan dana PIBG bagi Projek Baik Pulih Surau ini telah berjaya dikumpul sebanyak RM 50 000 dan jumlah kutipan tersebut masih belum mencukupi untuk dijelaskan kepada pihak kontraktor bagi kos yang terlibat.
Untuk itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa PIBG masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi menjayakan kutipan dana Projek Baik Pulih Surau ini.
Gambar Perkembangan Surau seperti pada 7 Feb. 2011
PENGUMUMAN
AlhamduliLlah, kerja-kerja baik pulih surau sekolah telah berjaya disiapkan. Kini, Surau Al-Hidayah telah dapat digunakan dengan selesa sekali.
Untuk itu, pihak PIBG dan juga warga SKTR1 keseluruhannya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para budiwan atas sumbangan yang dihulurkan bagi memastikan kerja-kerja baik pulih Surau Al-Hidayah ini berjalan dengan lancar. Juga kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan ianya dapat disiapkan.
ALlah Ta'ala jualah yang dapat membalas segala sumbangan para penyumbang.
Showing posts with label Dana. Show all posts
Showing posts with label Dana. Show all posts
Tuesday, February 8, 2011
Thursday, October 28, 2010
Kutipan Dana Untuk Baik Pulih Surau
PIBG SKTR1 sedang menjalankan kempen pungutan derma/ sumbangan bagi Dana Membaik Pulih Surau SKTR1. Dana ini diwujudkan adalah bertujuan membaik pulih dan membesarkan Surau SKTR1 bagi memberi keselesaan kepada pengguna khususnya para murid SK Taman Rinting 1. Surau ini, telah mengalami keusangan terutama pada bahagian bumbungnya. Ini dikhuatiri akan mendatangkan bahaya kepada para pengujungnya. Surau ini telah dibina sejak 12 tahun dahulu atas sumbangan ikhlas sebuah syarikat swasta.
Kutipan dana ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Negeri Johor (Surat Kebenaran: JB 10/2010) bertarikh 26 April 2010. Kos bagi kerja baik pulih surau ini dianggarkan menelan belanja sebanyak
Adalah dipohon kepada para dermawan muslim untuk menghulurkan bantuan/ sumbangan bagi tujuan dana ini. Bantuan/ sumbangan tuan/puan bolehlah dihulurkan dalam bentuk cek/ wang pos/ 'money order' atas nama PIBG SEK KEB TAMAN RINTING 1 atau secara tunai kepada Sek. Taman Rinting 1 (U.p: Pn. Norasikin Hussain, Bendahari PIBG).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Tn. Hj. Abdul Aziz Naemat, YDP PIBG di talian 012-7501424 atau pihak sekolah di talian 07-2518003.
Semoga derma sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan diganjari dengan pahala yang berterusan oleh Allah Ta'ala.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Tn. Hj. Abdul Aziz Naemat, YDP PIBG di talian 012-7501424 atau pihak sekolah di talian 07-2518003.
Semoga derma sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan diganjari dengan pahala yang berterusan oleh Allah Ta'ala.
Subscribe to:
Posts (Atom)












